PAKAIAN ETNIK KADAZAN
 |
kadazan |
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai
baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut
siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.
PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS
Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju
badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain
pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta
hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan
manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

|
suku kaum rungus
|
PAKAIAN SUKU KAUM MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat
dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.
Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita
menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat
dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti
rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

|
suku kaum murut
|
PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan
kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian
wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
 |
suku kaum bajau |
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
ias
Kain Sirat
atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah
sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi
dengan
sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit
siput turut
dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan
cara
melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini
dijuntaikan
dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan
bahagian yang
berh
DANGDONG
Ia
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong
lebih
lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain
ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu.
Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
Wanita
Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini
sempit
dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang
diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm
dan terdiri
daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang
yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya
bidang
ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
bewarna-warni. Bidang
yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula
dihiasi
oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna
merah bata
dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang
dihiasi
dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan
benang
emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
KALAMBI
Baju Kaum
Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan
dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita
Iban
ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas
iaitu
terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat
dua. Sisinya
dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau
ambungan lengan.
Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan
ada yang
labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif
yang
indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang
indah dan
ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya
pula dipenuhi
dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh
pahlawan
juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi
yang menggunakan
kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan
jalur-jaluran
yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut
ditenun
dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini
pula dibiarkan
berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik
BEDONG
Wanita Iban
juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain
selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak
tenunan yang
sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong
dipakai di
bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti
pangkahan
di dada dalam upacara-upacara rasmi.

|
baju baldu
|
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU
BAJU BALDU
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei
tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan
perhiasan kepala kepih sanggul
BAJU BABAN

|
baju baban
|
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau.
Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada
memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih
sanggul
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden
bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon
berkopiah Jawa.
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH


|
lelaki bidayuh
|
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan
putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi
beruang
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

|
perempuan bidayuh
|
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada
syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam,
merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak
JENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIA
DHOTI
Dhoti
merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat
daripada
kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat
di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan
pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat
daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit
di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan
pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning
susu. Pakaian
ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIA
SARI
Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran
kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula
antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
Kebanyakan
kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si
pemakai perlu
memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit
dari pinggan
dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga
lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

|
Sari
|
Dari
segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna
gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk
sari
yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah
mengikut
si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan
ada juga
yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan
menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai
jenis
manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya.
Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak
yang menarik
dan sesuai dengan si pemakai.

|
Sari
|
JENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINA
SAM FOO

|
Sam foo
|
Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia
merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia
digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong
atau di
rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak
atau berbunga
halus.
Samfoo
turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri
daripada
baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi
serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini
biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian
tradisional
ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.

|
Sam foo dan Cheongsam
|
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA

|
Cheongsam
|
Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan
menikmati populariti yang berkembang di dunia antarabangsa.Nama "cheongsam", yang bermaksud
sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata Bahasa Inggeris dari
dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di
bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini dikenali
sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya.Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang
tepat, mereka mengatur orang-orang tertentu, terutama Manchu, menjadi
"spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner" (qiren), yang
kemudian menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para
wanita biasanya Manchu mengenakan gaun one-piece yang, juga, kemudian
disebut "qipao" atau "banner gaun". Walaupun
Revolusi tahun 1911 menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanita
selamat dari perubahan politik dan, dengan pemulihan, telah
mereka pakaian tradisional untuk wanita Cina.Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam
yang berpadanan dengan latar belakang perempuan cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup,
dan lengan yang pendek, sedarhana atau panjang,
bergantung pada musim dan selera. Gaun
itu kancing di sisi kanan, dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah
naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikan bentuk
keindahan wanita.Cheongsam ini tidak
terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak, kerana tidak ada aksesoris
seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasan digunakan bersamanya.Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang
yang berbeza-beza, mereka boleh memakainya di acara-acara santai
atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu
mencipta kesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai oleh perempuan
tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT MELAYU
BAJU KURUNG

|
Baju kurung
|
|
|

|
Baju kurung Pahang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga
kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada
segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa
erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep
pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam,
sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan
longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama
misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun
baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
BAJU KEBAYA
Baju
kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal
baju kebaya.
Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada
perkataan Arab
habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di
hadapan.
Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis
ke Melaka,
maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan
sahaja
oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan
(Baba) dengan
sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

|
Baju kebaya
|
Baju
kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun
lebih. Tangannya
panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan
dan melebar
ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya
pula berbelah
dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini
disemat
dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan
rantai
halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak
kerongsang. Kerongsang
yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang
kecil
dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya
ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar.
Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan
kebaya
di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya
yang dikenali
sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan
berkancing seperti
baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga
berbelah seperti
baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di
bawah kancingnya
yang berbutang itu.
Baju
kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin.
Bagi
pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain
kapas dan
baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan
kain sarung.
Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin
pula,
baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan
kain sarungnya.
Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
No comments:
Post a Comment